MP PAS bentang Hudud di Dewan Rakyat Disember ini....Lohhh Kena Tunggu!!!!

Selepas 21 tahun...kerajaan PAS Kelantan melalui ahli Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.

Pengerusi Jawantakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya kini sudah menyiapkan draf untuk tujuan tersebut dan cuma memerlukan sedikit penambahbaikan serta pandangan daripada pakar perundangan.

"Draf rang undang-undang ini sudah ada cuma kita masih memerlukan pandangan dan akan diperkemaskan lagi sebelum dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat.

"Kalau tidak ada halangan, usul tersebut sudah boleh dibentangkan pada Jun ini atau selewat-lewatnya Disember depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawantakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kota Bharu hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana