Moral Anwar Menyesatkan Umat Islam

Isu melibatkan akidah dan moral perlu dipandang berat oleh masyarakat dalam memilih pemimpin dan pemerintah demi memelihara generasi akan datang.

Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, isu seperti pluralisme dan liberalisme yang diperjuangkan pemimpin daripada parti pembangkang perlu ditentang secara total.

"Ini adalah mengenai ummah generasi akan datang. Nurul Izzah (anak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang tidak pernah bersekolah agama telah mengatakan kita boleh tukar agama pada bila-bila masa. Ini sangat dahsyat. Anwar sudah menyesatkan kita.

"Berkait masalah moral, saya akan berasa malu kalau mengundi dia. Saya malu dengan Allah, isteri, anak-anak," katanya dalam ceramah bertajuk Tolak PKR, Selamatkan Selangor di Taman Kantan Permai disini malam tadi.

Hadir sama, bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Datuk Salamon Selamat manakala Ruslan Zainal Abidin selaku moderator. Hadir sama Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan Jawatankuasanya Datuk Mustapha Taib.

Jelas Hasan yang merupakan bekas Exco Agama kerajaan negeri Selangor itu, beliau telah melihat sendiri bagaimana agama Islam dan bangsa Melayu dihakis setiap hari dengan rakus dan bangga.

"Saya minta penjualan arak tidak dijalankan di kawasan Melayu di Shah Alam. Tetapi saya ditentang oleh pemimpin dikalangan kerajaan negeri yang sudah digula-gulakan oleh Anwar Ibrahim. Ronie Liu minta dipulangkan semula arak-arak itu sedangkan saya ketika itu Exco Agama.

"Peristiwa di sebuah gereja di Damansara, DUMC, umat Islam dijemput untuk majlis berbuka puasa dalam bulan Ramadhan di persekitaran gereja. Dari jam 6 petang hingga 11 malam. Sepatutnya mereka solat tarawih tetapi tidak, mereka mendengar syarahan yang mengajak untuk menganut agama Kristian," ujar beliau yang kemudiannya dipecat kerana masih mempertahankan Islam.

- Sumber Rakyat News

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana