Misi MH370 : Setiausaha Pertahanan AS Puji Hishammuddin

HONOLULU, 4 April - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Chuck Hagel memuji pendekatan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam mengendalikan misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Beliau berkata, Hishammuddin yang mewakili Malaysia pada Forum Pertahanan AS-Asean di Hawaii ikhlas dalam mendapatkan bantuan dari rakan-rakan pertahanan Asean serta Amerika Syarikat untuk bersama-sama menyertai misi tersebut.

"Beberapa rakyat negara lain turut berada dalam pesawat penerbangan Malaysia itu.

"Ini adalah mengenai manusia. Lagipun, bukankah ia merupakan inti pati yang kita berpegang teguh, iaitu melindungi rakyat kita dan membantu orang lain apabila mereka memerlukan bantuan," katanya pada sidang media sempena berakhirnya dialog AS-Asean di sini hari ini.

Hishammuddin dan rombongan termasuk Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berlepas pulang dari Honolulu, sebaik selesai forum tersebut.

Sementara itu, Hagel turut menjelaskan, Washington bersedia untuk memenuhi permintaan bantuan tambahan daripada Malaysia dalam usaha mencari pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

Bagaimanapun beliau berkata, tiada permintaan sedemikian dikemukakan Menteri Pertahanan Malaysia yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mereka bertemu di sini sempena dengan Forum Pertahanan AS-Asean yang berakhir di sini, semalam.

"Saya memberitahu beliau (Hishammuddin) dengan jelas jika beliau mempunyai permintaan tambahan, bercakap dengan saya secara langsung.

"Saya juga memberitahu beliau, jika ia mungkin, kami benar-benar akan menghormati sebarang permintaan tambahan (untuk bantuan)," Hagel bercakap dalam sidang media sempena berakhirnya dialog AS-Asean.

Pesawat Malaysia ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal itu hilang pada 8 Mac di Laut China Selatan setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Operasi melibatkan pelbagai negara bagi mencari Boeing 777-200ER itu membabitkan negara jiran Malaysia dan negara-negara lebih jauh seperti Amerika Syarikat, Perancis, China dan Australia yang setakat ini hasilnya masih kosong.

Pesawat itu dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi dengan misi carian kini sedang dijalankan daripada Perth, Australia. Foto - Reuters

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana