MH370: Pencarian udara dan permukaan laut berakhir...

Selepas 38 hari mencari tanpa satupun objek yang boleh didakwa sebagai serpihan MH370, misi udara dan permukaan air mengesan pesawat MH370 akan berakhir 2-3 harilagi kata Ketua Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) Angus Houston dalam sidang media terbaru di Perth Australia sebentar tadi.

Ini sekaligus bermakna bermulanya pencarian bawah laut yang dijangka lebih mencabar dengan menggunakan teknologi terkini termasuk kenderaan bawah laut bebas (AUV)Bluefin21.

Kru mencari akan mula menghantar Bluefin-21 ke dalam Lautan Hindi bagi menentukan sama ada isyarat yang dikesan peralatan mengesan bunyi datangnya dari kotak hitam pesawat yang hilang, kata Houston.

Beliau berkata, kru kapal Ocean Shield akan menghantar kenderaan itu secepat mungkin. Bluefin-21 berupaya merangka peta sonar kawasan itu bagi mengesan sebarang serpihan di dasar laut.

Keputusan itu dibuat selepas kru mengesan beberapa bunyi di dasar laut selama dua minggu yang konsisten dengan kotak hitam sebuah pesawat.

"Kami tidak dapat mengesan sebarang isyarat dalam enam hari dan saya fikir sampai masanya untuk mencari di dasar laut," katanya.

"Analisis daripada empat isyarat itu membolehkan kawasan pencarian dikecilkan dan kawasan sasaran lebih khusus di dasar laut. Pakar sudah memutuskan
Ocean Shield akan menamatkan pencarian dengan towed ping locator lewat hari ini dan akan hantar Bluefin-21 secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar di sini.

Bagaimanapun, Houston mengingatkan bahawa penggunaan kenderaan bawah laut bebas itu tidak akan menghasilkan "keputusan pencarian bagi mengesan serpihan secara automatik. Ia tidak begitu."

Menurutnya lagi, kapal Ocean Shield, telah mengesan tompokan minyak di kawasan pencariannya di selatan Lautan Hindi, petang semalam.

Houston berkata tompokan minyak tersebut berada pada anggaran 5,550 kilometer dari isyarat "ping" yang dikesan sebelum ini oleh kapal terbabit.

"Satu sampel dua liter telah dikutip dan kami memerlukan beberapa hari lagi sebelum ia (sampel tompokan minyak) dapat diuji dan ditentukan secara konklusif," katanya semasa satu sidang media di Perth hari ini.

Namun, Angus menegaskan bahawa sumber asal tompokan minyak itu masih belum boleh dipastikan lagi.

"Kami tidak rasa ianya berasal dari tumpahan minyak kapal,"ujar beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana