MH370: Majlis Peguam pertimbang ambil tindakan ke atas firma guaman asing

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas firma guaman asing jika mereka terus menyediakan perkhidmatan undang-undang kepada ahli keluarga penumpang pesawat Penerbangan Malaysia MH370.

Presidennya, Christopher Leong berkata, tindakan mereka untuk menyediakan perkhidmatan perundangan di Malaysia adalah menyalahi undang-undang kerana ia melanggar sistem perundangan negara serta Akta Profesion Undang-Undang 1976.

“Pihak Majlis Peguam Malaysia akan mengambil tindakan jika laporan ini benar dan mereka terus memberi perkhidmatan undang-undang di Malaysia,” kata Leong.

Pada tengah hari Sabtu, pihak firma guaman Spagnoletti & Co telah mengadakan sesi pertemuan bersama ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370 di sebuah hotel di ibu negara.

Walaupun pemberita dari dalam dan luar negara berkumpul di lokasi tersebut, jurucakap kepada firma guaman tersebut walau bagaimanapun memberitahu bahawa sesi perjumpaan itu dibatalkan dan beliau enggan ditemui media.

Ia tidak dapat disahkan sama ada firma guaman tersebut telah berjumpa dengan ahli keluarga mangsa MH370 atau tidak, namun terdapat beberapa orang dilihat memasuki serta meninggalkan bilik perbincangan tersebut.

Orang ramai perlu berjaga-jaga

Leong menyeru orang ramai agar berjaga-jaga serta menyemak sama ada polisi insurans firma guaman asing tersebut dapat melindungi hak mereka atau tidak jika pihak guaman tersebut memberi perkhidmatan undang-undang yang salah.

“Kita telah pun membaca laporan mengenai firma guaman dari Amerika Syarikat yang menyediakan khidmat guaman yang menyebabkan tindakan undang-undang yang salah serta terlalu awal di mana ia telah menerima banyak kritikan serta teguran oleh mahkamah di Amerika,” beliau menambah.

Beliau menambah, Majlis Peguam Malaysia sedang meneliti sama ada firma guaman tersebut telah melanggar Akta Profesion Undang-Undang 1976 yang tidak membenarkan pengamal undang-undang untuk mengejar klien.

Antara lain, tindakan yang boleh diambil oleh majlis peguam adalah membawa firma guaman tersebut ke muka pengadilan atau memfailkan aduan kepada badan kawal selia di negara terbabit.

Di bawah akta tersebut, pesalah boleh dikenakan dendan sehingga RM2,500 atau penjara tidak melebihi 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana