MH370: Berdoa agar keajaiban berlaku-Hishammuddin

KUALA LUMPUR 5 April - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein merayu kepada orang ramai untuk memahami dan menghormati harapan yang masih disimpan oleh keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

Dalam sidang akhbar mengenai kehilangan pesawat Boeing 777 yang memasuki hari ke-29 hari ini, Hishammuddin berkata, masih ada keluarga yang menaruh harapan ahli keluarga mereka terselamat.

"Ini merupakan harapan keluarga daripada perjumpaan dengan mereka. Dalam apa juga keadaan walau kemungkinan itu tipis mereka masih berharap kelauarga mereka selamat.

"Kenyataan Perdana Menteri bahawa kapal terbang itu telah pun berakhir di Lautan Hindi tidak bermakna ia terhempas. Walaupun ia adalah keajaiban, walaupun ia hanya harapan, kita mesti menghormati harapan keluarga dan berdoa agar keajaiban berlaku," kata Hishammuddin.

Sementara itu, Hishammuddin menolak tuduhan bahawa pihak berkuasa Malaysia terlibat dalam kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu itu.

"Tuduhan ini tidak berasas dan tidak benar sama sekali. Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, misi pencarian MH370 tidak harus mengatasi politik.

"Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia kekal bersatu, berdiri kukuh di belakang pasukan keselamatan yang kini bekerja keras dalam situasi yang sukar ini, bersama dengan rakan-rakan luar jauh beribu batu yang bekerja tanpa mengenal penat lelah mencari MH370," tegas Hishammuddin.

- UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana