Media asing cuba perlekehkan tentera Malaysia - Jeneral Tan Sri Zulkifeli

Sejak akhir-akhir ini wujud satu trend dikalangan media luar sehingga dilihat mempunyai agenda tersendiri apabila menghentam keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menguruskan isu kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.

Serentak itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin mengingatkan anggota tentera agar tidak tidak terbabit dan termakan hasutan agenda media asing tersebut.

"Kita menerima kecaman yang hebat daripada media-media di luar negara dan juga mengeksploitasikan keadaan yang dialami oleh waris-waris penumpang MH370.

"Percayalah ini adalah agenda media luar negara dan kita jangan sekali-sekali termakan hasutan agenda-agenda semua ini," kata Zulkifli.

Zulkifli berucap pada majlis penutupan Eksesais Pahlawan Siri 15/2014 di Kementerian Pertahanan di ibu negara hari ini.

Dalam sidang akhbar kemudian, Zulkefli berkata, laporan-laporan yang dibuat oleh media asing adalah keterlaluan dan tidak benar.

"Saya merasakan bahawa laporan-laporan yang dibuat oleh setengah-setengan media asing ini adalah tidak betul, keterlaluan dengan tidak mengambil kira keadaan sebenarnya.

"Mereka tidak mengambil kira kekangan-kekangan yang dihadapi oleh Malaysia kerana dalam keadaan tertentu tidak membolehkan kita melakukan sesuatu seperti menyampaikan maklumat," jelas Zulkefli.

Zulkefli berkata, Malaysia juga dituduh lewat menyampaikan maklumat sedangkan informasi yang dapati perlu disahkan terlebih dahulu dan kadang-kala memerlukan tindakan bersendirian.

"Kita jangan sama sekali berputus asa dengan kerenah dan media-media asing yang cuba memperlekehkan kita yang menuduh kita tidak telus dan cuba menyembunyikan maklumat.

"Kita tidak berniat untuk menyembunyikan apa-apa dan keutamaan kita adalah mencari MH370,"kata Zulkefli.

Menurut Zulkefli kehilangan MH370 yang memasuki hari ke-23 itu merupakan satu peristiwa yang tidak pernah terjadi dan negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) adalah yang terbesar berbanding operasi yang sama sebelum ini.

Zulkefli berkata, ATM juga telah mengerakan aset ketenteraan di Lautan Hindi bagi misi mencari tersebut.

ATM sebelum ini menerima kritikan pelbagai pihak apabila dilihat tidak berupaya untuk mengesan pesawat MH370 dengan lebih awal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana