Lebih 300 pekerja Boeing di Melbourne akan ditamatkan perkhidmatannya

MELBOURNE: Pengeluar kapal terbang, Boeing akan mengurangkan sehingga 300 pekerja di kilangnya di Port Melbourne menjelang penghujung tahun ini.

Syarikat itu berkata ia mencapai kadar pengeluaran penuh dan tidak lagi memerlukan semua tenaga kerjanya.

"Ini memang menjadi hasrat kami apabila program kapal terbang syarikat mencapai kadar pengeluaran penuh," kata jurucakap Boeing Chaz Bickers dalam satu kenyataan.

"Mengurangkan pekerjaan bagi program ini adalah satu perkara biasa dalam kitaran pembuatan.

"Bagaimanapun, kami akan berusaha meminimumkan jumlah pekerja yang tidak diperlukan lagi dengan tidak mengisi kekosongan.

"Kami akan terus mengambil pekerja untuk kemahiran kritikal untuk memenuhi komitmen penghantaran kami dan sedang mengambil langkah menjadikan kontraktor yang ada sebagai pekerja sepenuh masa jika ini mungkin dilakukan."

Australian Associated Press melaporkan kilang di Port Melbourne itu menggaji 1,300 pekerja.

Pemimpin Kesatuan Pekerja Pembuatan Craig Kelly berkata pemberhentian kerja bukan pertanda perniagaan berkenaan semakin merosot.

"Saya yakin ia sebahagian putaran operasi di kilang pengeluaran di Port Melbourne," katanya.

"Jadi, tidaklah kelihatan sebagai satu kemerosotan, ia tidak juga kelihatan menjejas operasi di kilang Port Melbourne."

Pengumuman itu dibuat setelah syarikat minyak gergasi BP semalam berkata ia akan menutup kilang penapis Bulwer Island di Brisbane dan mengurangkan lebih 300 tenaga kerja menjelang 2015.

Sebanyak 180 pekerja dari syarikat tembakau Philip Morris juga akan kehilangan pekerjaan selepas syarikat itu mengumumkan akan memindahkan pengeluaran ke Korea.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana