Laluan sukar buat BN di Bukit Gelugor

Kini mahu tidak mahu akan diadalah Pilihanraya Kecil Bukit Gelugor. Tinggal masa dan tarikhnya akan diumumkan, biasanya, selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis kekosongan dari Speaker Dewan Rakyat dan mengadakan mesyuarat.

Sebelum ini ada tanda tanya apakan kerusi parlimen itu akan kosong selepas Karpal Singh dijatuhkan hukuman denda RM4,000 selepas kerana menghamburkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak pada 2009.

Atas kertas... laluan untuk BN menang dalam PRK Bukit Gelugor memang sukar. Pada Mei 2013, Karpal menang kerusi itu dengan majoriti 42,706 dari 82,042 orang yang lawak mengundi.

Bukit Gelugor merupakan kawasan di bandaraya George Town, Pulau Pinang. Bukit Gelugor mempunyai beberapa lokasi strategi seperti Gelugor, Sungai Gelugor, Sungai Dua dan bersambung dengan Jelutong.

Jelutong merupakan kerusi Parlimen Karpal sejak tahun 1970 an... namun dilepaskan beliau selepas tewas dalam PRU10 pada tahun 1999. Kekalahan pertamanya selama lebih 40 tahun menjadi ADUN dan Ahli Parlimen.

Pada pRU11, 2004, beliau berpindah kawasan ke Bukit Gelugor, di mana beliau menang menewaskan calon MCA dengan majoriti tipis 1,261 undi.

Bagaimanapun pada PRU12, Karpal menang bergaya dengan memperolehi 21,015 undi. Sebelum mengejutkan berbagai pihak pada PRU13 dengan rekod majoriti antara yang tertinggi iaitu 42, 706 undi.

Mengikut data SPR pada 2013, P51 Bukit Gelugor mempunyai 14.48 peratus atau 11,880 orang pengundi Melayu, 61,112 atau 74.49 peratus pengundi Cina, 8,660 atau 10.56 pengundi India dan 0.48 peratus atau 390 lain-lain kaum.

Bukit Gelugor mempunyai 21 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan 432 lokaliti.

Yang pasti... seperti mana-mana PRK sebelum ini, BN perlu meletakkan calon, biar sesukar manapun haluan di atas kertas. Namun rakyat perlu diberikan pilihan.-17/4/2014

BERIKUT RINGKASAN DATA PENGUNDIAN DI BUKIT GELUGOR

Ringkasan Data Pengundi:

1. Jumlah Keseluruhan Pengundi Parlimen P51 Bukit Gelugor adalah
82, 042 org dgn pecahan:

a. Melayu - 11,880 org (14.48%)
b. Cina - 61,112 org (74.49%)
c. India - 8,660 org (10.56%)
d. Lain2 - 390 org (0.48% )

2. Perbezaan Majoriti:

a. PRU 11 (2004) - Calon DAP tewaskan Calon MCA majoriti 1,261undi.

b. PRU 12 (2008) - Calon DAP tewaskan MCA majoriti 21,015 undi

c. PRU13 (2013) - Calon DAP tewaskan Calon MCA majoriti 42, 706 undi.

3. Jumlah Daerah Mengundi - 21 PDM.

4. Jumlah lokaliti - 432 lokaliti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana