Lakonan Anwar Semakin Caca Marba

Para pecacai Pakatan Rakyat terutama sekali PKR tentu amat kembang lubang hidung apabila Anwar Ibrahim secara rasminya menarik diri daripada pertandingan jawatan Presiden PKR serta memberikan kemenangan percuma kepada Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan isteri Anwar Ibrahim sendiri.

Tidak mustahil, golongan penyokong Anwar Ibrahim akan membangga-banggakan diri kononnya ketua mereka itu seorang yang tidak mengejar kuasa, tidak tamak haloba dan sangat mementingkan keharmonian. Perkara sebenarnya tidak akan mereka dedahkan sama sekali, malah kalau boleh, tidak akan membicarakannya secara langsung.

Apabila Anwar Ibrahim menawarkan diri untuk jawatan Presiden PKR dengan Wan Azizah juga akan mempertahankan jawatan tersebut, di situ sahaja drama Anwar Ibrahim sudah dapat dikesan dengan mudah. Wan Azizah adalah seorang wanita bodoh yang membuta tuli mengikut kehendak dan perintah suaminya atas alasan mahu menjaga nama baik keluarga walaupun hakikatnya perbuatan Wan Azizah itu akan dikutuk dan dicerca oleh anak cucunya sendiri pada kemudian hari. Bahkan tidak mustahil sekiranya kubur Wan Azizah akan dikencing dan diberak oleh anak cucunya kerana jijik dengan perilaku dan ketaatannya yang melampau terhadap kesongsangan dan maksiat serta dosa-dosa Anwar Ibrahim dalam usahanya untuk berkuasa di negara ini.

Slogan ‘LAWAN TETAP LAWAN’ yang dicipta oleh Anwar Ibrahim hanyalah retorik semata-mata. Walaupun dia berteriak kononnya dia melawan dan menentang segala penyelewengan serta ketidakadilan di negara ini, hakikatnya segala-gala yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim tidak lebih daripada sekadar untuk melepaskan dirinya daripada label peliwat yang telah dimohorkan oleh keputusan mahkamah bersama-sama bukti yang langsung tidak dapat dilawan mahupun disanggah.

Drama pada penghujung kerjaya politiknya semakin kelam-kabut dan bercelaru. Dia masih menggunakan taktik yang sama seperti 16 tahun lampau. Taktik menagih simpati daripada orang ramai yang berasakan mereka lebih bijak menilai keadaan semasa menerusi sikap anti-establishment.

Kemelut Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan DAP cuba digunakan oleh Anwar Ibrahim dalam kes PKR. Anwar berasakan, seandainya ROS mengharamkan PKR kerana melanggar undang-undang pertubuhan, para pemercaya dan pengikutnya yang tidak cukup akal itu akan bangun memberontak dan seterusnya mencetuskan huru-hara yang menyusahkan pihak penguatkuasa undang-undang serta kerajaan sedia ada. Sekaligus akan membolehkan hukuman penjaranya akan dilewatkan, ditunda malah tidak mustahil juga akan ditangguhkan buat selama-lamanya.

Perlembagaan PKR mengehadkan jawatan Presiden untuk selama tiga penggal sahaja. Wan Azizah sudah pun menjadi Presiden PKR selama empat penggal. Mengekalkan Wan Azizah sebagai Presiden PKR akan membuatkan PKR berhadapan masalah dengan Pendaftar Pertubuhan.

Anwar amat sedar dengan keadaan tersebut. Namun sebagai seorang yang licik dan cuba mengambil kesempatan bagi setiap ruang yang ada, Anwar teruskan juga rancangan tersebut kerana dia cukup yakin para pengikutnya akan sentiasa memberikan sokongan kepadanya walaupun mereka diperdaykan dan tertipu.

Namun semnejak kebelakangan ini, drama yang digarap oleh Anwar tidak begitu menakjubkan. Apabila Anwar Ibrahim mengorbankan Khalid Ibrahim dan Azmin Ali menggunakan taktik adu domba semata-mata untuk dia sendiri kekal berkuasa danbebas daripada hukuman penjara, dia telah melakukan kesilapan terbesar.

Anwar cuba menggunakan gabungan pasukan yang baru, melibatkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang keberaniannya tidak pernah teruji, bahkan Saifuddin cukup dikenali sebagai seorang yang penakut dan bacul. Menyingkirkan pasukan terkuatnya dan mencuba pasukan baru semata-mata bagi membolehkan dia terus bermaharajalela, merupakan manifestasi kekecewaan Anwar sendiri apabila lautan manusia setiap kali dia berucap, hilang dan sukar diulangi.

Kaedah menarik simpati oleh Anwar Ibrahim untuk menarik semula sokongan puluhan ribu orang seperti tahun 1998, sudah ketinggalan. Hanya mereka yang enggan mengkaji, mengulangkaji sejarah, menyelak lembaran fakta dan lebih suka mendengar cerita-cerita indah penuh emosi daripada Anwar Ibrahim dan keluarganya sahaja yang akan terus menyokong dan bersama-samanya. Sedangkan mereka yang mampu berfikir serta waras, sudah dapat melihat betapa sakitnya manusia yang bernama Anwar Ibrahim… yang melakukan segala-galanya hanya semata-mata untuknya meneruskan amalan songsangnya!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana