Krisis air di Selangor kerana kerajaan negeri degil

Krisis bekalan air yang sedang melanda Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur kini, berikutan kedegilan kerajaan Selangor menerima pandangan dan ramalan golongan profesional mengenainya sebelum ini.

Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berkata tindakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenepikan pandangan golongan berkenaan menyebabkan rakyat terpaksa menerima kesannya sejak dua bulan lepas.

"Sebelum ini, golongan profesional berkaitan industri air telah menjangkakan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan hadapi krisis air tahun ini tetapi diketepikan kerajaan negeri Selangor dengan mengatakan ia (krisis) hanya akan berlaku pada 2019.

"Tetapi bila tengok hari ini, ternyata ramalan itu benar-benar berlaku menyebabkan rakyat pula menerima kesannya dengan terpaksa dicatu bekalan air sedangkan kerajaan negeri sepatutnya melihat masalah ini dengan lebih serius," katanya kepada pemberita di lobi dewan di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang mempamerkan kelemahannya sendiri apabila tiada pelan tindakan rapi disediakan menunjukkan mereka masih tidak dapat mengambil pengajaran menerusi krisis air sama yang berlaku pada tahun 2008.

Katanya, pelaksanaan cadangan projek HORAS (Hybrid off River Augmentation System) jika dilakukan lebih awal sekurang-kurangnya dapat mengelakkan krisis air daripada berlaku atau pun berlarutan.

"Terowong air sudah ada dan air sungai dari Pahang juga sudah sedia disalurkan tetapi mengapa masih belum dilakukan? Sekurang-kurangnya, pelaksanaan ini dapat membantu menambah bekalan air di empangan kita.

"Kalau kerajaan negeri prihatin dengan rakyat, isu ini sepatutnya dapat diatasi. Menteri Besar sarankan bantuan bekalan air disalurkan melalui paip dan bukan menerusi lori-lori tangki Syabas, jadi itu (HORAS) adalah caranya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana