KHATIB JUMAAT ADALAH PENCACAI ORANG KAYA.. - ANWAR IBRAHIM

Anwar Ibrahim membidas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tindakan menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam teks khutbah Jumaat yang disampaikan di masjid-masjid seluruh Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mei_1_anti_GST“Kamu (Jawi) yang tulis khutbah ini apa dia, pencacai orang kaya ke?…Guna agama begitu, saya tidak peduli, mufti boleh tanya saya, nak dakwa, dakwa saya, memang saya lawan, apa guna belajar Islam, tetapi pertahan golongan tauke-tauke kaya.

“Faham dahulu, bila naik cukai, (barangan lain) naik harga. “Belajar ekonomi dahulu, jangan guna ayat Al-Quran pertahankan penindasan,” tegas Anwar.

Khutbah Jumaat Jawi pada 11 April lalu antara lain menyokong pelaksanaan GST dan menyatakan cukai ini baik untuk agama Islam.

Anwar dengan tegas mempertahankan kenyataan kerana menurutnya kenaikan cukai yang menyebabkan rakyat semakin terbeban ini perlu ditentang, dan tidak sepatutnya penindasan kepada rakyat bawahan dipertahankan.

“Ini yang saya bangkitkan sebab ini soal rakyat, kita tidak boleh guna kuasa sewenang-wenang,” kata Anwar.


p/s : Elehhhh..., yang masjid Pas digunakan untuk maki hamun kerajaan tak pulak Anwar bising.. Puiii !!!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana