Khairy : Tiada Tempat Golongan Ekstremis di Malaysia

MELBOURNE, 23 April - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata tiada tempat bagi golongan ekstremis politik dan agama dalam masyarakat di Malaysia.

Bercakap di hadapan 800 pelajar universiti rakyat Malaysia yang datang dari seluruh Australia untuk sidang kemuncak Malaysia Australia (MASA) kali kedua di sini, beliau meminta mereka supaya mengambil jalan tengah dan mempunyai pendirian yang sama untuk manfaat negara.

Khairy mahu para pelajar berpegang kepada prinsip Rukun Negara untuk terus hidup dan berkembang dalam dunia moden.

"Tanpa pendekatan liberal seperti yang termaktub dalam Rukun Negara, yang dalam semangat itu, menggambarkan falsafah progresif dan politik kesederhanaan pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak, kita berdepan risiko menjadi tebusan kepada kuasa-kuasa ekstremis dalam sistem politik kita sendiri di tanah air," katanya.

"Golongan ekstremis ini, sama ada mereka menyebabkan sikap fanatik atau cauvinisme etnik, merupakan satu kuasa yang mahu memecahbelahkan kita sebagai satu bangsa.

"Mereka wujud di mana-mana, dalam kerajaan dan pembangkang dan di atas pagar juga," kata Khairy.

Beliau berkata Perdana Menteri berazam untuk menewaskan kuasa jahat dan mencari pendirian yang sama dan akan diguna pakai bagi menghalang negara daripada musnah.

"Tanpa keadilan, kebebasan dan komitmen demi kesejahteraan setiap rakyat Malaysia, akan ada orang yang merasa tertindas atau terpinggir, sama ada ia berupa penindasan politik atau peminggiran ekonomi, perasaan itu boleh cepat berubah menjadi api kemarahan dan pemberontakan yang akan menyemarakkan ketidakstabilan, sesuatu yang secara relatif tidak mampu dihadapi oleh Malaysia yang masih baru dalam bidang ekonomi dan demokrasinya.

Adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk memilih jalan tengah, yang sederhana dan progresif kerana bagi saya ini merupakan satu-satunya pilihan bagi Malaysia.

Khairy juga meminta para pelajar supaya berfikiran terbuka dan tidak membiarkan diri mereka mudah percaya kepada satu pihak atau pihak yang lain.

"Seronoknya menjadi seorang pelajar ialah anda perlu mendedahkan pemikiran anda kepada pelbagai pemikiran dan ideologi," katanya.

Turut berucap di sidang kemuncak itu termasuk Datin Paduka Marina Mahathir dan ketua pegawai eksekutif Talentcorp Johan Mahmood Merican.

Penceramah juga berkongsi perspektif mereka berhubung kemajuan Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020.

"Malaysia berada pada saat kritikal dan memerlukan bakat-bakat hebat seperti anda untuk memastikan kejayaan Wawasan 2020," katanya.

Konsul jeneral Malaysia di sini Datuk Dr Mohd Rameez Yahaya, berkata ucapan Khairy merupakan satu inspirasi, seimbang dan diterima baik oleh pelajar.

Mohd Rameez akan menutup sidang kemuncak itu petang esok.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana