Kerajaan Tidak Layan Sebarang Spekulasi Mengenai MH370

KUALA LUMPUR 17 April - Kerajaan tidak akan melayan sebarang spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang timbul memandangkan kerajaan mempunyai badan penyiasatan sendiri.

Pemangku Menteri Pemangkutan, Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata keluarga penumpang dan krew pesawat MAS MH370 akan tersentuh emosi sekiranya kerajaan melayan spekulasi sedia ada pada hari ini.

"Ia juga boleh menyentuh emosi ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MAS MH370.

"Saya akan pegang kepada fakta sedia ada.. Akhirnya apabila kita mendapat menunjukkan melalui komuniti dan panel-panel yang menjalankan siasatan siasatan yang kita wujudkan itu adalah fakta yang sebenarnya. Apa jua spekulasi akan terjawab," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat sidang media pada Majlis Penutupan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan turut berkata sekiranya kerajaan melayan spekulasi sebarang tersebut ia akan menjejaskan penyiasatan dan persiapan untuk pencarian kehilangan pesawat MH370.

"Saya memberi contoh seperti spekulasi berhubung kait dengan tumpahan minyak di Lautan China yang diambil imej tersebut melalui setelit China. Pada ketika itu, jika kita melayan spekulasi tersebut mungkin boleh menjejaskan siasatan dan persiapan kita untuk pencarian untuk fasa seterusnya.

"Dalam kita mengikuti semua perkara-perkara yang dibangkitkan secara senyap-senyap, saya tidak akan layan spekulasi yang tidak ada pengesahan.. Apa jua spekulasi akan terjawab," katanya.

Pada 8 Mac lalu, penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777, hilang dari radar Malaysia pada pukul 1.30 pagi selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing.

Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana