Kerajaan Pusat Kuat Kuasa Wasia Selesai Isu Air Selangor

PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan akan menguatkuasa Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Wasia) bagi mengambil alih pengendalian air di Selangor.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, langkah itu berikutan kegagalan rundingan dengan kerajaan negeri untuk menyusun semula industri perkhidmatan air di negeri itu.

Menurutnya, keputusan itu dibuat oleh Kabinet dalam mesyuarat mingguannya pada Jumaat lalu.

Beliau berkata keputusan itu diputuskan berdasarkan kepada kepentingan negara untuk memastikan keselamatan dan bekalan air yang berterusan kepada rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kerajaan Persekutuan tidak akan benarkan proses rundingan antara kerajaan Selangor dan pemegang konsesi berlarutan dan krisis bekalan air yang berterusan," katanya menerusi kenyataan pada hari Isnin.

Sementara itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya menyedari keputusan Kabinet untuk menguatkuasakan Wasia bagi memastikan bekalan air yang berterusan kepada pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagaimanapun menurut beliau, kerajaan negeri masih diperingkat penelitian rangka perjanjian berhubung penyelesaian penstrukturan industri air Selangor.

"Saya dibekalkan satu rangka perjanjian antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berhubung Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 26 Februari lalu bagi menyelesaikan penstrukturan semula air.

"Kerajaan Negeri akan meneliti secara terperinci rangka perjanjian itu sebelum bersetuju untuk menandatanganinya dan meletakkan kepentingan rakyat serta negeri sebagai keutamaan," katanya menerusi kenyataan lewat petang Isnin.

Tambah beliau Kerajaan Persekutuan melalui melalui surat bertarikh 4 April lalu turut memohon supaya Kerajaaan Negeri mempercepatkan kelulusan yang masih tertangguh bagi projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan projek-projek mitigasi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana