Kepala tersangkut palang pacuan empat roda...

Sungai Petani: Seorang lelaki meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati apabila kepalanya tersangkut di palang besi bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Pekan Lama, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi ketika mangsa dikenali sebagai Ahmad Fadzli Husni Abd Rahim, 37, menunggang motosikal Yamaha 125Z seorang diri dari arah Bandar Sungai Petani menuju ke arah Jalan Kuala Ketil, di sini. Difahamkan, mangsa dipercayai gagal mengelak kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton itu yang secara tiba-tiba keluar dari simpang.

Akibat itu, motosikal mangsa merempuh bahagian pintu pemandu menyebabkan tubuhnya melambung dan kepalanya tersangkut di besi belakang.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa gagal mengelak kenderaan pacuan empat roda yang keluar dari persimpangan secara tiba-tiba.

“Badannya dikatakan turut berpusing dan jatuh di tempat letak barang di belakang kenderaan itu. Mangsa yang parah mati di tempat kejadian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana