Kehilangan pesawat itu Anwar boleh diselesaikan dalam tempoh sesaat.

Cukuplah Anwar

Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mahu terus mencuri tumpuan ketika dunia memberikan perhatian kepada kehilangan pesawat MH370 tetapi caranya seperti biasa - songsang.

Ketika diwawancara oleh majalah Southern Weekly, Anwar mendakwa jika beliaulah Perdana Menteri Malaysia, isu kehilangan pesawat itu boleh diselesaikan dalam tempoh sesaat.

Amboi, perkara yang mustahil jadi permainan bibir. Awang sudah tak larat goyang kepala menyentuh soal reputasi Anwar.Nampaknya beliau yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat, makin terdesak untuk melonjakkan imejnya sehingga bercakap perkara yang tidak logik.

Awang cuma mahu ingatkan penasihat PKR itu tentang banyak kelemahan dan kepincangan dalam parti yang beliau gagal tangani. Antara yang kita semua tidak lupa ialah pemilihan PKR yang menyaksikan kekecohan dan pergaduhan serta puluhan tokoh yang meninggalkan parti itu. Beliau sebagai pemimpin de facto yang paling berkuasa ke atas PKR, tidak mampu mengatasinya.

Sebagai ketua pembangkang juga, Anwar gagal menyelesaikan isu dua kali pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Parti (CEC) DAP yang belum diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana aduan kepincangan dan penyelewengan oleh ahli-ahli DAP.

Banyak lagi yang perlu diselesaikan terutama isu moral dan nafsu. Kerana sesaat gagal kawal nafsu, boleh mengakibatkan maruah orang lain hilang. Itu pun belum menyentuh isu jam Omega yang gagal ditunjukkan kepada media. Inikan pula mahu menangani isu lebih besar seperti MH370.

Sebagai lanjutan kepada dakwaannya bahawa kerajaan menyembunyikan fakta dalam isu MH370, Anwar berjanji mahu mendedahkan lokasi sebenar pesawat MH370 dijangka Khamis ini.Sekiranya benar, beliau tahu, mengapa tidak dedahkan sekarang atau lebih awal. Janganlah mahu terikut gelagat bomoh temberang. Apalah malang nasib rakyat Malaysia dapat ketua pembangkang seperti itu. Tempoh sesaat setakat kelip mata dan telan air liur, bolehlah.

Ketika suami merapu, si isteri, Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR pun sama nadanya. Beliau mendakwa pembabitan 26 negara asing dalam operasi mencari pesawat tersebut disifatkannya sebagai terpaksa semata-mata, bukannya kerana faktor kerjasama yang baik dengan Malaysia. Dangkal pemikirannya mengenai diplomatik. Apa yang Awang boleh baca Wan Azizah sama seperti suaminya, iri hati hubungan baik Malaysia dengan banyak negara. Atas sebab itu, mereka memperlekehkan kerjasama tersebut. Kalau pun laki bini suka mencari salah pihak lain, biarlah ada kelas. Janganlah sampai merendah-rendahkan nilai diri dan parti.

Tolong jangan malukan juga rakyat Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana