KARPAL SINGH ADALAH WIRA NEGARA DAN JUGA RAKYAT KATA ANWAR IBRAHIM....NAK TERMUNTAH RASANYA

Anwar Ibrahim menyifatkan negara telah kehilangan seorang individu yang amat berdedikasi, dan rakyat Malaysia pula kehilangan seorang pejuang kebebasan yang berani dan mulia. Anwar juga menyifatkan Karpal sebagai seorang wira bagi seluruh rakyat didalam negara ini.

"Bidang perundangan telah kehilangan salah seorang pencetus mindanya, dan saya pula telah kehilangan seorang sahabat sejati, yang baik pertuturannya dan mulia dalam perbuatannya," kata Anwar lagi.

Katanya tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan yang dihadapi beliau oleh pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Sambil menyifatkan Karpal sebagai simbol perjuangan terhadap ketidakadilan, Anwar berkata semangat Karpal tetap akan hadir meskipun jasadnya sudah tiada.

Katanya, berita pemergian Karpal datang bagaikan kilat kerana baru semalam beliau telah berbual panjang dengannya melalui telefon. Anwar juga sempat mengucapkan takziah kepada keluarga Karpal sejurus mendapat berita tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana