Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan


KUALA LUMPUR 26 April - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini meluangkan masa menghadiri Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan sekaligus merasmikan karnival tersebut di Taman Tasik Permaisuri di sini.

Beliau yang menghadiri ke karnival tersebut pada jam 11.30 pagi diiringi oleh Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Hamizi Mat Juah.

Pada karnival tersebut, beliau turut menyampaian Pingat Jasa Cemerlang, Anugerah Perdana Belia Negera 2014 dan Peringkat Wilayah Persekutuan kepada para pemenang bagi setiap ketegori tersebut.

Turut diadakan sepanjang karnival tersebut berlangsung termasuklah Persembahan Tarian 1Malaysia, Futsal, Pameran Kereta, Pertandingan Dikir Barat Peringkat Wilayah Persekutuan dan sesi bersantai yang dijadualkan akan turut dihadiri olehg Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, malam ini.

Antara acara yang menarik perhatian pengunjung adalah pertunjukkan Hakka daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) setelah majlis tersebut dirasmikan.

Acara kemuncak iaitu Festival Belia Putrajaya (FBP) yang akan diadakan pada 22 sehingga 25 Mei ini di perkarangan Dataran Putrajaya.

KBS akan 'mengakar umbikan' sambutan HBN sampai peringkat daerah untuk melibatkan lebih ramai belia terutamanya mereka yang tidak berpeluang untuk datang ke Putrajaya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana