Kantoiiii.....Terkejut Diserbu, Gadis Tak Sempat Tarik Seluar Dalam Di Pantai

Gara-gara panik selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, seorang gadis disyaki sedang berasmara dengan pasangannya dalam sebuah kereta tidak sempat menarik seluar dipakainya, sekali gus membongkar aktiviti tidak bermoral dilakukan mereka dalam kejadian di Pantai Seagate di sini, minggu lalu.
Sebelum itu, sepasukan Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menghampiri kenderaan dinaiki pasangan itu bagi melakukan pemeriksaan dan mendapati seluar dipakai gadis berusia 20-an itu masih terlondeh sehingga paras paha.
Menambahkan lagi rasa syak pasukan terbabit apabila seluar dalam dipakai gadis berkenaan terlondeh selain raut wajahnya yang kelihatan cemas.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata, pasangan itu antara 19 individu berusia 20-an hingga 40-an yang ditahan selepas disyaki berkhalwat dalam pemeriksaan dijalankan di sekitar kawasan Barat Daya dan Timur Laut bermula jam 10 malam hingga 7 pagi, Khamis lalu.
Beliau berkata, pihaknya yang menjalankan rondaan berasa ada yang tidak kena selepas mendapati semua tingkap pintu kereta Proton Wira dinaiki pasangan itu ditutup dengan menggunakan pelindung cahaya matahari. hmetro

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana