Kalah Pilihan Raya, Ramai Calon Indonesia Jalani Terapi, Anwar Bila Lagi?

Melihat tindak-tanduk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak gabungan PKR-PAS-DAP kalah dalam pilihan raya umum lalu, saya percaya ramai yang berharap beliau mencontohi rakan-rakan politik di Indonesia dalam menangani kekalahan mereka.

Menurut Astro Awani, seramai Empat puluh calon dari seluruh pelusuk Indonesia yang gagal memperoleh undi terbanyak pada Pemilihan Umum (Pemilu) Rabu lepas, menjalani terapi kejiwaan di Pondok Pesantren Dzikrusyifa Asma Berojomusti, Desa Sendangagung di daerah Lamongan, Jawa Timur.

Penjaga Pondok Pesantren Dzikrusyifa Asma Berojomusti, Kyai Muzakkin berkata puluhan calon yang datang ke pondok itu berasal dari Sumatera, Kalimantan, Sulawesi, Madura, Bali serta daerah sekitarnya.

“Mereka datang ke tempat ini sejak Khamis malam secara silih ganti,” katanya seperti dipetik agensi berita Antara, Ahad.

Beliau berkata jumlah mereka yang datang ke pondok itu tahun ini lebih ramai berbanding 23 orang pada Pemilu 2009.

“Daripada 40 orang yang datang menjalani terapi di Pusat Rehabilitasi dan Dadah Pondok Pesantren Dzikrusyifa Asma Berojomusti itu, seramai 13 adalah perempuan dan 27 lelaki.

“Jumlah ini dijangka bertambah kerana perolehan undi adalah berdasarkan kiraan awal dan belum ada keputusan rasmi,” katanya.

Beliau berkata pondok pesantrennya yang terletak di Jalan Raya Sekanor atau lebih dikenal dengan “Ponpes Jin”, mempunyai pusat rehabilitasi dan dadah sejak dulu, dan menangani beberapa pesakit yang mengalami masalah psikologi seperti stres.

“Beberapa pesakit yang datang, kondisinya mengalami tekanan serius kerana gagal memperoleh sokongan dari rakyat. Beberapa anggota keluarga yang menghantar calon itu juga bercerita saudara mereka itu bersikap aneh dan bercakap sendiri,” katanya.

Pihaknya menyediakan ruangan khusus kepada sejumlah pesakit itu kerana mereka sering memberontak dan marah kepada setiap orang yang ditemui.

Justeru, melihat tandak-tanduk Anwar Ibrahim sejak kalah dahulu,

i. beliau mendakwa dalam dakwaan 40 ribu bangla mengundi,
ii. Mengadakan Pilihan raya kecil DUN Kajang untuk membolehkan beliau menjadi Menteri Besar
iii. Mendakwa boleh menyelesaikan masalah MH370 dalam sesaat jika beliau Perdana Menteri,
iv. sekarang bertanding berebut Presiden PKR menentang Isterinya sendiri

dan banyak lagi kenyataan karut-karut beliau, adalah wajar sekali Anwar Ibrahim mencontohi ahli politik di Indonesia menjalani terapi jiwa agar tenang. Ini boleh membantu menstabilkan politik negara dan memberi banyak faedah kepada rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana