Inilah Padahnya Buat Anjuran Golf...Memalukan....Larrazabal Terjun Tasik Diserang Tebuan Di Padang Golf






Kuala Lumpur: Pablo Larrazabal mengalami saat paling menakutkan sepanjang kerjayanya apabila diserang sekumpulan tebuan di lubang ke-5 sehingga memaksanya terjun ke dalam tasik ketika pusingan kedua Terbuka Malaysia Maybank, semalam.

“Selepas membuat pukulan dari bunker, saya berjalan dan tiba-tiba terasa ada sesuatu di hidung saya,” kata Larrazabal. “Saya menepisnya tetapi rupa-rupanya bukan lebah, ia lebih besar daripada lebah.

“Kemudian lebih 30 hingga 40 ekor datang menyerang saya. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kedi saya menyuruh saya lari, jadi saya berlari seperti orang gila. Tebuan itu masih mengejar saya dan pemain lain menyuruh saya terjun ke dalam tasik.

Diberi suntikan

“Doktor memberikan saya beberapa suntikan dan saya menyuruh saya bertenang,” kata Larrazabal yang mencatat dua bawah par, 70 semalam untuk keseluruhan empat bawah par 140 selepas dua pusingan.

-Berita harian

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana