Inilah Cara Demokrasi Ala PR......Ahli PKR wajib tolak Abdul Khalid kerana khianati demokrasi

SHAH ALAM: Ahli-ahli PKR yang mengundi pada persidangan pemilihan parti bermula esok hingga 11 Mei ini wajib menolak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didapati mengkhianati demokrasi.
 
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid berpendapat, kes ugutan dua pegawai Abdul Khalid terhadap calon Ketua Cabang Kuala Selangor, S. Manikavasagam bagi memastikan kemenangan menteri besar itu bagi jawatan di kawasan itu, memberi kesan negatif kepada parti yang mengamalkan keadilan dan demokrasi.

"Ia menjadi satu budaya yang tidak sihat dan ia memberikan kesan buruk kepada sosio politik dalam negara kita tidak mengira dalam parti politik sekalipun.

"Budaya ini tidak boleh diamalkan kerana mengkhianati demokrasi yang kita amalkan," kata Ahli Parlimen Kuala Langat itu kepada Antarapos ketika dihubungi.

Pada 18 April lalu, Manikavasagam atau lebih mesra dengan panggilan Mike memberitahu Antarapos, pembantunya di pejabat penyelaras DUN Bukit Melawati dihubungi oleh dua pegawai kanan Pejabat Menteri Besar Selangor yang mengugut agar Mike menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut bagi memberi laluan kepada Khalid menang tanpa bertanding.

Dua pegawai tersebut, Mustapha Mohd. Talib dan Lim Lai Seng mengugut untuk memastikan Mike yang juga bekas Ahli Parlimen Kapar dipecat sebagai sebagai Penyelaras DUN Bukit Melawati jika terus menentang Khalid.

Mike turut mendedahkan dua siri panggilan telefon yang dibuat di antara dua pelaku itu dengan pegawai Mike di Pusat Khidmat Masyarakat PKR di kawasan itu.

Abdul Khalid ketika ditanya mengenai perkara itu tidak menafikan penglibatan dua pegawai tersebut.

Mengulas lanjut, Abdullah Sani berkata, langkah menolak pemimpin seperti itu bererti tidak mahu bersekongkol dengan budaya politik tidak sihat itu.

"Saya tidak boleh bersekongkol dengan orang-orang yang seperti ini sebab budaya ini saya daripada awal lagi katakan tidak boleh diamalkan di dalam negara terutama parti yang mengamalkan keadilan dan kebenaran kepada rakyatnya.

"Dan kalau anggota yang berbuat demikian saya kira ahli parti wajib menolak pemimpin seperti ini," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut menunjukkan pemimpin seperti Abdul Khalid tidak mempunyai ciri-ciri integriti dan ketelusan seperti yang beliau sering dilaungkan sebelum ini.

Tambah Abdullah Sani, jika Khalid sedar tanggungjawab yang digalas sebagai orang atasan pegawai tersebut, sepatutnya calon Ketua Cabang Kuala Selangor itu perlu undur diri daripada bertanding.

"Adakah pemimpin seperti ini yang mereka akan pilih yang mereka nak, yang bercakap tentang intergriti, ketelusan dan ciri kepimpinan terbaik tetapi sebaliknya.

"Penarikan jawatan bergantung kepada individu itu sendiri tetapi sendiri kena fahamlah apabila dia sendiri tidak mentaati slogan 'integriti' yang telah dibuat saya kira tidak selayaknya beliau bertanding untuk jawatan itu," jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana