Ingat Penyokong PAS Baik Semuanya.... Ada Segelintir 'all out' bantah hudud...

Sanggup kehilangan jawatan demi mempertahankan pendiriannya mengenai pelaksanaan hukum hudud tidak wajar dikuatkuasakan, itulah 'perangai' Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw.

Malah, Pang Chaw mengingatkan PAS bahawa masyarakat bukan Islam yang memainkan peranan penting mengembalikan kegemilangan parti itu dan kerana itu, PAS perlu mendengar pendapat mereka.

“Saya tidak kisah sekiranya jawatan hilang hanya kerana saya menegaskan perkara betul. Ingin saya tegaskan di sini, di mana perjuangan PAS sebenar, sama ada semata-mata untuk agama atau parti.

“Saya tidak pernah menolak hudud kerana tahu ia adalah sebahagian daripada syariat Islam. Namun untuk melaksanakan hukum itu perlu melihat secara keseluruhan positif dan negatifnya, termasuk memikirkan perasaan rakyat bukan Islam.

“Jawatan yang saya disandang tidak boleh dibawa mati, sebaliknya hanya prinsip perjuangan akan diingati oleh rakyat. Sehubungan itu, saya tidak gentar untuk berpegang kepada pendirian saya dan bersedia sekiranya dikenakan tindakan,” katanya.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (DPPKKB) menyelar tindakan Pang Chaw yang menentang secara terbuka cadangan pelaksanaan hudud di negeri ini.

Ketua DPPKKB, Dr. Rosli Alani Abdul Kadir berkata, status DHPP sebagai sebuah dewan yang sah di dalam parti menjadikan ahli-ahlinya terikat dengan Perlembagaan PAS.

Oleh sebab itu kata beliau, DHPP sepatutnya perlu berfungsi mengikut tujuan asal penubuhan iaitu sebagai sebuah badan yang akan menyokong segala dasar yang ditetapkan PAS.

"DPPKKB mendesak PAS Pusat supaya mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya terhadap Pang Chaw, termasuk melucutkan beliau dari jawatan Pengerusi DHPP.

"Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan martabat PAS sebagai sebuah parti politik Islam terpelihara manakala martabat pemimpin PAS pula tidak diperlekeh di mata umum," katanya dalam satu kenyataan media.

Mengulas lanjut, Rosli Alani berkata, Pang Chaw sebelum ini juga pernah beberapa kali membuat kenyataan yang bercanggah dengan dasar dan Perlembagaan parti apabila menentang secara terbuka pelaksanaan hudud dalam sebuah akhbar.

"Beliau pernah dilaporkan berkata di dalam berita muka depan akhbar tersebut pada 10 Oktober 2011 kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan PAS jika hudud dilaksanakan.

"Walaupun telah dipanggil memberi penjelasan oleh PAS Pusat, pada 15 November 2013, beliau sekali lagi dilaporkan berkata tidak dapat melihat sebarang kebaikan yang boleh dibawa oleh hudud," katanya.

Rosli Alani dalam pada itu turut menegaskan, gesaan pihaknya supaya PAS memecat Pang Chaw bukan bermaksud parti itu menolak pandangan orang bukan Islam,

"Tindakan ini sebaliknya merupakan penolakan Pas kepada individu yang mahu menjadikan kedudukannya di dalam PAS sebagai peluang untuk mendapatkan sesuatu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana