INGAT KATA KATA INI.....MALAYSIA HANCUR TAHUN DEPAN BILA GST DILAKSANAKAN... KATA PAKATAN.

Semua kerajaan lakukan semua tak betul...dulu kata buat Putrajaya dan buka kilang kereta Proton merugikan Malaysia.Semuanya Otak pembangkang tak boleh pakai...sebenarnya Pembangkang takut dengan bayang bayangnya sendiri.Takut rakyat akan sedar suatu hari nanti...

Ahli Parlimen DAP Raub Datuk Ariff Sabri mengecam kerajaan kerana meletakkan keutamaan terhadap usaha “memperbanyakkan wang dalam tangan” tanpa begitu mempedulikan dampaknya terhadap golongan berpendapatan rendah, khususnya orang Melayu.

“Mereka mahu laksanakan GST sebab mahukan lebih wang untuk mendanai keborosan mereka. Sekali lagi saya ulang, budaya belanja berhemah tidak ada dalam kamus pemimpin BN,”

Bagi beliau, adalah lebih penting untuk kerajaan mengejar golongan serta syarikat besar yang tidak membayar cukai, berbanding mengutip cukai daripada rakyat berpendapatan rendah.

“Kerajaan tahu siapa yang lari bayar cukai atau buat silap mata, kenapa tidak tangkap mereka? Kerajaan tahu banyak syarikat besar dan syarikat milik orang istimewa tidak bayar hutang, seperti hutang bil letrik yang berjuta ringgit, tapi tak kutip hutang ini,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana