Hotel lima bintang larang pekerja tutup aurat, bertudung

Saya didatangi pekerja hotel bertaraf lima bintang, berusia sekitar lingkungan pertengahan dua puluhan.
“Ketika mula bertugas di hotel kira-kira 5 tahun lalu, saya tidak bertudung. Kesedaran timbul dan saya kemudian cuba untuk menutup aurat. Malangnya bekerja sebagai front liner, pihak pengurusan hotel tidak membenarkan saya bertudung ketika bertugas,” ujar ‘Lia’.

“Larangan dibuat secara bertulis?,” soal saya.
“Tidak, lisan,” balasnya.

Tambah Lia, beberapa rakan sekerja juga mendepani halangan sama.“Kami tidak berpeluang untuk menutup aurat ketika bertugas sebagai front liners. Setiap hari, sebelum pulang ke rumah, kami bertudung. Sebenarnya kami tidak faham mengapakah pihak pengurusan melarang kakitangan beragama Islam bertudung? Adakah prestasi kerja menurun sekiranya kami menutup aurat tatkala melayan pelanggan hotel? Tentunya tidak. Pelik, Islam dinobatkan sebagai agama rasmi Malaysia namun masih wujud segelintir majikan mengamalkan diskriminasi agama,” ujar Lia kesal.

“Kebebasan beragama termaktub dalam perlembagaan negara,” celah saya.“Tidak di hotel tempat kami bekerja biarpun hotel itu dimiliki individu beragama Islam,” balas Lia pantas.Saya difahamkan, majoriti individu berjawatan tinggi hotel, bukan beragama Islam. Barangkali pemilik hotel itu tidak menyedari masalah menghimpit sebilangan kakitangan hotel terbabit.Saya kemudian meminta Lia menghubungi persatuan hotel negeri dan mengemukakan perincian kes.

Lia dan rakan hanya memenuhi tuntutan agama Islam.Izinkanlah.Amat molek juga jika menteri bersuara dalam hal ini sekaligus mengeluarkan arahan tegas, melarang pemilik sebilangan hotel meneruskan diskriminasi melampau.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom?
Kudis jangan dibiarkan, kelak bernanah. -mazidulakmal

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana