HOT!! Akhirnya Tian Chua di TANGKAP Atas "Menghasut"

Akhirnya, setelah lama menunggu, kena juga ya si Tian Chua.

MP Batu Tian Chua mendakwa polis merampas satu komputer tablet dan telefon mudah alih miliknya dalam satu operasi pada malam tadi, didakwa berhubung tulisan MP Batu itu di Twitter yang didakwa “menghasut”.

Chua mendakwa sepasukan polis berpakaian preman bertindak demikian pada kira-kira jam 7.30 semasa beliau sedang menyertai satu mesyuarat di Hotel Armada di Petaling Jaya.

"Pasukan serbuan polis mengepung Hotel Armada seolah-olah mereka mahu menangkap penjenayah besar dan mereka memalukan saya di khalayak umum di hadapan tetamu saya.

“Kawan-kawan, saya kini tidak boleh dihubungi... Celakalah negara polis!,” katanya di Twitter.

Naib presiden PKR itu berkata, pasukan polis berkenaan membawa waran geledah.

Dalam tulisannya di Twitter pada bulan lalu, Chua menyebut bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan digulingkan dalam tempoh lima bulan.

Kenyataannya itu berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menyabitkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan Liwat II.

Beberapa jam sebelum polis merampas alat elektronik berkenaan, Chua menulis mengenai Black 14, yang merujuk kepada tarikh 14 April 1999 apabila Anwar disabitkan kesalahan untuk kali pertama atas tuduhan rasuah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana