Hishammuddin : UK Sertai Misi MH370

HONOLULU 2 April - Kapal selam British HMS Tireless dari United Kingdom (UK) menyertai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang awal bulan lepas, di Lautan Hindi.
 
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, maklumat ini disahkan oleh rakan sejawatnya Philip Hammond dalam satu perbualan telefon pagi semalam.
 
"Ini adalah satu sumbangan daripada rakan Malaysia yang amat dihargai bukan sahaja oleh kami tetapi juga rakan-rakan operasi pencarian penerbangan MH370," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Hishammuddin tiba di sini Isnin lalu bagi menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean atas inisiatif Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel.

Keputusan negara Eropah itu mendapat reaksi positif dari beberapa pemerhati yang menganggap ianya menunjukkan sokongan berterusan kepada percubaan pelbagai negara untuk mengesan pesawat yang hilang itu.
 
Pesawat Boeing 777 dengan 239 penumpang dan anak kapal itu yang dalam penerbangan ke Beijing hilang secara misteri pada 8 Mac lepas ketika merentasi Laut China Selatan, selepas kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam.

Dalam pada itu, Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata HMS Tireless, sebuah kapal selam nuklear kelas Trafalgar, berkeupayaan untuk beroperasi di kawasan persekitaran maritim yang paling teruk, seperti di Kutub Selatan.
 
Katanya, UK telah menghantar HMS Echo untuk membantu pencarian .
 
"Saya berharap setiap orang akan mendoakan kesemua aset yang kita ada boleh mengenalpasti objek-objek yang dikesan oleh satelit-satelit dalam pencarian penerbangan MH370," katanya.
 
Satu operasi melibatkan pelbagai negara telah digerakkan bagi mencari pesawat itu, bermula di Laut China Selatan dan kemudian selepas didapati pesawat itu melencong dari laluan asal, pencariannya beralih di sepanjang dua koridor -koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
 
Berikutan sejenis analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom, Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK merumuskan penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ditengah Lautan Hindi , ke barat Perth, Australia.
   
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac, selepas 17 hari kehilangan pesawat itu, bahawa penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana