Himpunan 1Mei Boleh Diadakan Tetapi Dengan Dengan Syarat - Tian Chua...Tak Boleh Dipercayai Dengan Puak INi

KUALA LUMPUR: Himpunan 1Mei yang bakal diadakan di Dataran Merdeka sempena Hari Pekerja boleh diadakan dengan syarat penganjur mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Menurut Naib Presiden PKR, Tian Chua perbincangan yang berlangsung selama satu jam antara perwakilan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh beliau, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mendapat satu ketetapan yang positif.

"Secara prinsipnya, polis mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai halangan untuk sebarang perhimpunan dan perjumpaan ini diadakan, dan mahu berbincang supaya perjalanan perhimpunan ini boleh diteruskan dengan baik," katanya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Tambah Tian lagi, dalam perbincangan tersebut terdapat juga beberapa cadangan dan saranan daripada pihak polis dalam memastikan ketenteraman awam dapat dijaga ketika himpunan tersebut.

"Segala saranan dan cadangan yang dikemukakan oleh pihak polis itu kami sambut dengan baik dan kami akan berbincang dan cuba mengatur baik perjalanan himpunan itu dengan pihak penganjur himpunan ini seperti Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT).

Antara cadangan dan saranan yang dimahukan oleh pihak polis termasuklah agar himpunan tersebut mematuhi segala undang-undang yang ada. "Mereka (polis) boleh memberi kerjasama asalkan peraturan seperti  waktu berhimpun dan bersurai itu dipatuhi, tiada perarakan diadakan di ibu kota yang mampu menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk,".

Tian berkata pihaknya telah berjanji dengan polis bahawa mereka akan bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa awam dalam memastikan bahawa tiada sebarang gangguan ketenteraman awam dilakukan ketika himpunan tersebut.

"Kita tidak ingin mewujudkan apa-apa ketegangan dari berlaku dan itulah persefahaman yang telah dicapai antara kami dan pihak polis dan keprihatinan pihak polis terhadap rancangan ini amat kami hargai,".

Himpunan 1Mei ini akan memberi penekanan terhadap isu-isu semasa seperti pengenalan cukai GST, kenaikan kadar inflasi, rasuah, salah guna kuasa dan lain. Himpunan tersebut akan berlangsung di KLCC dan beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur sebelum berakhir di Dataran Merdeka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana