Hillary Clinton dibaling kasut di Las Vegas

Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton mengalami insiden memalukan apabila dibaling dengan kasut ketika beliau naik ke pentas pada pertemuan Institut Kitar Semula Barang Lusuh di Hotel Mandalay Bay.
Kasut itu bagaimanapun tidak terkena Clinton malah beliau sempat bergurau mengenai kejadian itu.
“Apakah itu? Kelawar? Adakah ia kelawar? Itukah orang yang membaling sesuatu kepada saya? Adakah ini sebahagian daripada Cirque du Soleil?,” katanya.
Wanita yang membaling kasut kepadanya kemudian ditangkap pihak berkuasa dan suspek langsung tidak menjelaskan punca dia berbuat demikian.
Dalam pada itu, orang ramai yang berada di lokasi kejadian bertindak mengambil kepingan kertas yang dibaling oleh suspek dan kemudian menyerahkannya kepada wartawan.
Ia merupakan salinan sulit dokumen Jabatan Pertahanan, mengenai Operasi Cynthia di Bolivia pada Ogos 1967.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana