Guan Eng : Pulau Pinang Bakal Naikkan Kadar Tarif Air

GEORGETOWN 2 April - Mesyuarat Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini bersetuju untuk menaikkan kadar tarif air di Negeri itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, ianya merupakan langkah bagi membendung sikap pembaziran air di negeri ini.

"Ianya juga dipersetujui setelah mendapat permintaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, ianya juga adalah langkah terakhir berikutan penggunaan airdi negeri ini yang mencatatkan kadar tertinggi di Malaysia.

Sebelum ini, Guan Eng pernah menjanjikan tidak akan meningkatkan tarif air walaupun terdapat desakan untuknya berbuat demikian.

Beliau turut memberi jaminan akan memastikan Pulau Pinang terus menikmati kadar tarif air terendah di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana