GST Beri Banyak Kebaikan Kepada Rakyat - Rakyat Perlu Tahu Kebaikan GST

KUALA LUMPUR 3 April - Perlaksanaan Cukai Barangan dan Jualan (GST) dianggap sebagai satu langkah kerajaan yang amat bersesuaian kerana dilihat mempunyai pelbagai kebaikan demi kesejahteraan rakyat.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani, perlaksanaan GST yang bakal menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) disifat sebagai suatu sistem yang cekap dan telus.

"GST ini adalah suatu sistem percukaian yang cekap, telus dan mesra peniaga, kerana dalam GST kerajaan mengecualikan bayaran terhadap peniaga yang mencapai timbal balik perniagaan kurang daripada RM500,000.

"Kita ingin beritahu rakyat, kerajaan bukan sahaja ingin membantu rakyat dan rakyat perlu tahu bahawa sistem cukai sedia ada merupakan satu cukai yang mempunyai banyak kelemahan dan salah satunya adalah pembeli terpaksa membayar cukai berganda.

"Ini menyebabkan barangan kita yang dijual di negara ini tidak dijual secara, kompetitif dan saya ingin dedahkan bahawa terdapat ratusan produk di luar sana yang rakyat tidak tahu berapa mereka perlu bayar untuk cukai barangan tersebut," katanya ketika perbahasan menyokong Perbentangan Rang Undang Undang (RUU) Perlaksanaan GST di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini membentangkan RUU GST buat kali kedua selepas kali pertama dibentangkan pada Isnin lalu.

Kerajaan melihat pelaksanaan cukai baru ini merupakan cara terbaik bagi menghapuskan pelbagai cukai dan akan memastikan golongan berpendapatan rendah terbela dari dikenakan cukai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana