Gempar di resort pulau dekat Semporna...dua kena culik

Sejak serangan berdarah puak Jamalul Kiram dari Sulu di Lahad Datu pada 12 Februari 2013 apa saja insiden keselamatan yang berlaku kawasan pantai Timur Sabah pasti mencuri perhatian.

Rabu malam suasana tenang di Singamata Reef Resort, sebuah pulau 30 minit perjalanan bot dari Semporna bertukar menjadi gempar bila sekumpulan lelaki telah menculik dua orang wanita - seorang pelancong China dan seorang pekerja Filipina.

Ketika kejadian pada 10.30 malam seramai 61 orang pelancong China berada di resort itu.

Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohamad Mentek telah mengesahkan mengenai kejadian itu.

Setakat ini belum ada gambaran jelas mengenai insiden berkenaan.

Salah seorang kumpulan lelaki itu dikatakan bersenjatakan pistol.

Pasukan keselamatan telah digerakan untuk mengawasi keadaan.

Difahamkan pelancong berkenaan sedang mandi di dalam biliknya apabila kumpulan lelaki bersenjata memaksanya keluar dan menaiki bot mereka.

Masih tidak dapat dipastikan di mana perkerja resort itu berada  ketika dia diculik.

Terdapat kira-kira 61 pelancong dari China di resort itu pada masa kejadian.

Salah satu pelancong di resort itu yang merupakan seorang wartawan akhbar dari China melaporkan bahawa ramai pelancong di resort itu berada di bilik mereka ketika kejadian.

Pelancong-pelancong hanya mengetahui perkara itu apabila pihak pengurusan mengarahkan semua tetamu keluar dari bilik mereka selepas polis tiba beberapa minit selepas lelaki bersenjata melarikan diri dengan tawanan mereka.

Kali terakhir berlaku kejadian menculik pelancong ialah pada 15 November 2013.

Dalam kejadian di Pulau Pom Pom dekat Semporna seorang pelancong Taiwan ditemui mati ditembak manakala isterinya diculik oleh sekumpulan lelaki.

Wanita itu tidak lama dulu berjaya diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina dari sebuah pulau di selatan negara itu.

Sementara itu mengulas kejadian itu,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu berada di Perth menyuarakan kebimbangan kes penculikan pelancong China itu mungkin perbuatan pihak tertentu untuk lagakan Malaysia dan China selepas insiden MH370.

Beliau mengarahkan pihak polis siasat segera kejadian itu.

Di Kota Kinabalu pula, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengesahkan beliau sudah diberikan taklimat berhubung insiden itu oleh polis dan ESSCOM.

Beliau mahu pasukan keselamatan menggunakan semua sumber bagi menyelesaikan kes culik itu.

Musa menegaskan, tahap keselamatan khususnya di Semporna dan pantai timur Sabah perlu ditingkatkan, terutama melalui ESSCOM.

"Kita perlu sentiasa berwaspada pada setiap masa untuk memastikan tahap keselamatan tidak terjejas," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana