Gambar Obama selamatkan skirt isterinya dari terselak

 PRESIDEN Amerika Syarikat Barrack Obama semalam dirakam menyelamatkan isterinya Michelle daripada satu pengalaman memalukan apabila angin kencang bertiup ketika pasangan itu menaiki pesawat khas presiden Air Force One di Houston, Texas.Obama menyelamatkan skirt dipakai isterinya daripada tersingkap dek angin kencang berkenaan, menurut sumber Daily Mail UK.

Ketika mereka berdua menaiki tangga ke dalam pesawat, skirt Michelle mula ditiup angin dan Obama meletakkan tangannya di belakang Michelle supaya tiada foto memalukan akan terakam di lensa kamera pada media.
Angin kencang turut bertiup ketika mereka menuruni Air Force One sebaik mendarat di Austin.
Obama berjaya mengelakkan kejadian sama yang menimpa Duchess Of Cambridge Kate Middleton apabila skirtnya tersingkap ketika menuruni pesawat selepas tiba di Wellington, New Zealand Isnin lepas.
Kate juga hampir mengalami pengalaman memalukan pada 2011 di atas kawasan lapangan terbang di Kanada (gambar bawah) apabila baju rekaan Jenny Packham berwarna kuning yang dipakainya turut ditiup angin.

Bagaimanapun, Obama dan Michelle berjaya mengelakkan pengalaman sama berlaku.
Pasangan itu dalam rangka lawatan ke Perpustakaan Presiden LBJ, dan juga menghadiri majlis ulangtahun ke-50 Akta Hak Asasi.Biarpun kerap Michelle dianggap cemburu pada beberapa majlis melibatkan mereka berdua sebelum ini, aksi spontan itu menunjukkan betapa Obama menyayangi isterinya itu, lapor Daily mail.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana