Feri Karam di Korea: Naib pengetua sekolah yang terselamat bunuh diri


JINDO: Naib pengetua sekolah yang terselamat daripada kejadian feri karam di perairan selatan Korea dengan beratus pelajarnya masih hilang, ditemui mati dipercayai membunuh diri.

Polis tempatan di Pulau Jindo berkata, mayat Kang Min-Kyu, 52, ditemui berdekatan gymnasium di mana ahli dan waris keluarga 268 orang yang masih belum ditemui berada sejak tragedi itu, Rabu lalu. “Punca sebenar kematiannya masih disiasat," kata seorang pegawi polis.

Agensi berita Yonhap memetik polis sebagai berkata, mangsa ditemui tergantung di sebatang pokok dipercayai membunuh diri.

Daripada 475 orang di dalam feri ketika ia karam Rabu lalu, 352 adalah murid sekolah dari Danwon High School di Bandar Ansan, di selatan Seoul.

Mereka dalam perjalanan menaiki feri berkenaan untuk ke pulau peranginan terkenal, Jeju.

Naib pengetua itu adalah antara 179 orang yang berjaya menyelamatkan diri keluar dari feri beberapa jam sebelum ia tenggelam. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana