FAKTA..!!! Janji Pembangkang PR Hanya Laku Masa Pilihanraya.

Sebelum berkuasa mulut pembangkang lebih manis daripada gula tetapi selepas pilihan raya semua janji menjadi basi dan tidak laku lagi.Pada pilihan raya umum ke-13 tahun lalu,pembangkang antara lain berjanji tidak akan menaikkan kadar harga air tetapi selepas berkuasa lain pula ceritanya.Di Pulau Pinang,ketua menteri Lim Guan Eng menjanjikan lain pula apabila mengumumkan rancangan kerajaan negeri untuk menaikkan harga air.

Untuk menjustifikasikan tindakan yang lari 360 darjah daripada janji asal,Guan Eng menyalahkan pembaziran air oleh rakyat.Semasa kempen pilihan raya,rakyat ditatang seperti minyak dan segala yang dituntut oleh rakyat semuanya dijanjikan untuk dipenuhi jika kuasa diberi kepada mereka.Inilah yang berlaku kini di Pulau Pinang yang sudah membelakangkan janji bahawa kadar harga air akan kekal seperti sekarang.Guan Eng mengatakan jika harga tidak dinaikkan negeri itu akan mengalami catuan air pada msa depan seperti yang dialami oleh Johor dan Selangor sekarang.

Catuan di kedua-dua negeri termasuk sesetengah tempat di Perak terpaksa dilaksanakan disebabkan keadaan cuaca panas dan kemarau yang berpanjangan sejak beberapa bulan lalu. Ia bukan disebabkan oleh pembaziran seperti mana yang didakwa oleh setiausaha agung Dap itu walaupun fenomena pembaziran tetap berlaku di mana-mana.

Malah senario di Selangor bukan sahaja disebabkan oleh kemarau semata-mata yang menyebabkan paras air di empangan susut di bawah tahap minima tetapi juga berpunca daripada sikap angkuh dan degil kerajaan negeri yang menolak projek Langat 2 yang menyalurkan air dari Pahang.Selangor sepatutnya tidak perlu mencatu air jika projek Langat 2 dilaksana empat atau lima tahun dahulu kerana air dari Pahang sudah lebih daripada cukup menampung keperluan negeri dan juga Lembah Kelang.

Oleh sebab pembangkang mahu mempolitikkan isu air maka terjadilah krisis air yang kritikal di Selangor atas perbuatan mereka sendiri.Hasilnya negeri kehilangan hasil dan cukai berjuta-juta ringgir apabila catuan air menjejaskan operasi industri dan sektor perkilangan di Selangor dan Lembah Kelang. Inilah dasar pro-rakyat yang dilaung-laungkan oleh pembangkang yang akhirnya memangsakan rakyat sendiri.

Lihat sahaja masalah air di Kelantan yang tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan negeri Pas sejak memerintah pada tahun 1990.Melalak dan melaung sana sini bercakap pasal Islam dan konsep keadilan yang diperjuangan oleh parti tetapi masalah asas seperti air pun tidak berjaya diangkat bagi menjaga kebajikan rakyat.

Lebih memalukan Pas sering bersorak atas pentas politik mereka mengenai slogan ‘Membangun Bersama Islam’ tetapi versi agama yang mereka pamerkan kepada rakyat adalah agama yang mundur dan lemah. Isu air hanya merupakan sekelumit daripada masalah dan beban yang dibawa oleh pembangkang ke atas rakyat.

Umpamanya semasa kempen pilihan raya kecil Kajang, isu banjir di kawasan itu menjadi topik hangat yang dibangkitkan oleh pengundi di situ.Sudah masuk dua penggal Kajang berada di bawah pembangkang apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah yang sering menghantui penduduk di situ ???

Apakah pembangkang telah menggunakan kuasa yang diberi oleh rakyat secara efektif untuk menyelesaikan masalah asasi yang dihadapi rakyat atau itu juga hanyalah sebahagian daripada kelentong nyata mereka ??? Melihat keadaan yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang sudah tiba masanya rakyat membuka mata dan pemikiran mereka bahawa pembangkang telah menipu mereka selama ini.

Sedang mereka sibuk berebut jawatan dalam parti masing-masing demi menggekalkan kuasa, permasalahan rakyat diabaikan dan janji tetap tinggal janji yang tidak akan ditunaikan. Selagi rakyat tidak sedar bahawa mereka sedang ditipu dan dikhayalkan oleh madat yang diberikan pembangkang, selagi itulah pemimpin pembangkang akan terus mengeksploitasi kejahilan mereka.

Dari Sumber...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana