Exco Selangor tidak bayar duit lukisan Pak Samad....Rupanya Ada Makna

KUALA LUMPUR: Seorang exco Selangor didakwa tidak membayar harga dua buah lukisan yang dibeli daripada Sasterawan Negara,  Datuk A. Samad Said.

Dua buah lukisan itu dikatakan dibeli untuk dihadiahkan kepada Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya katakan kepada exco itu kalau mahu lukisan saya perlulah dibayar kerana itu sumber rezeki saya.

"Jadi dia tanya saya berapa harga lukisan itu? Saya katakan harga sekeping lukisan saya biarpun tidak cantik RM8 ribu," kata Samad semasa menyampaikan ucapan ringkas di majlis pelancaran novel Sungai Mengalir Lesu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Selasa.

Pada awalnya, pendedahan mengenai perbuatan exco Selangor menganiaya Sasterawan Negara itu didedahkan oleh pemenang anugerah sastera,  Uthaya Sangkar SB ketika mengulas mengenai novel Sungai Mengalir Lesu.

Novel Sungai Mengalir Lesu yang diulang cetak kali keempat dilancarkan dengan rasminya, Selasa.

Selain Uthaya, Senator Dr Syed Husin Ali turut menjadi pengulas novel yang diterbitkan kembali oleh Wira Bukit Sdn Bhd dengan kerjasama Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).

Admin....anggap je sedekah pak samad... sedekah kepada pemimpin pilihan pak samad.... exco tu gaji dah naik pak samad.... sedekah lagi la utk dia bg cepat kaya..... kemudian pak samad jadi la orang yang pandai besyukur sikit pas nie....dulu bediri sebarisan sekarang nak mengadu keburukan pula? tak setia latu namanya........ orang lain bersasta-berkaria tapi tak sampai jd macam nie

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana