Duta China Selar Media Barat & Selebriti China Kritik & Kempen Boikot Negara


Duta China ke Malaysia Huan Huikang berkata kerajaannya tidak pernah berasa kecewa ke atas tindakan Malaysia dalam menangani krisis kehilangan pesawat MH370. Kami faham tekanan yang dialami oleh pentadbiran Malaysia amat berat kerana ini berkaitan dengan soal keselamatan dan nyawa manusia.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau menyalahkan media Barat kerana membangkitkan sentimen waris penumpang warga China sehingga mempengaruhi rakyat China membuat demonstrasi dihadapan kedutaan Malaysia di China.

"Sesetengah media Barat memainkan peranan yang mengaibkan. Mereka menerbitkan berita palsu, menjadi batu api, dan turut menyebar khabar angin.

"Ini boleh menganggu semangat anggota keluarga dan merosakkan hubungan baik antara China dan Malaysia. Kita menentang keras perkara ini."

Duta berkenaan turut menyelar pengguna Internet dan selebriti China yang mengutuk Malaysia berhubung kehilangan pesawat tersebut. Kempen yang dibuat oleh selebriti itu adalah berniat jahat demi kepentingan sendiri, katanya.

Anggota keluarga dari China yang berang dengan tindakan Malaysia menuduh kononnya negara ini "membunuh" para penumpang berkenaan dan menyembunyikan maklumat mengenai pesawat tersebut.

Kerajaan Malaysia berulang kali menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa bertindak dengan telus.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana