Dr Mahathir Sahkan Berada Di Malaysia Ketika Peristiwa Memali

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau berada di dalam negara ketika tercetusnya peristiwa Memali pada 19 November 1985.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu menafikan dakwaan yang dibuat oleh Tun Musa Hitam yang memintanya supaya menangguhkan lawatan ke China yang dijadualkan sehari selepas peristiwa hitam tersebut.

Musa merupakan Timbalan Perdana Menteri disamping menjadi Menteri Dalam Negeri pada ketika itu.

Dalam satu kenyataan pada minggu lalu, Musa berkata beliau meminta Dr Mahathir supaya menangguhkan lawatan ke China atas tiga sebab.
Tiga sebab itu adalah peristiwa tersebut berlaku di Kedah (negeri Perdana Menteri sendiri), ia melibatkan orang Melayu beragama Islam dan penangguhan lawatan itu akan memperlihatkan sifat Perdana Menteri mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang berlaku di dalam negeri.

Sehari sebelum lawatan Dr Mahathir ke China, polis menyerbu perkampungan kecil dimana pemimpin PAS, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya mengajar agama dan membunuh 14 orang awam termasuk Ibrahim.

"Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan China yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina.

"Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri," katanya dalam laman blog miliknya, Chedet.com pada Khamis.

Malah, Dr Mahathir yakin Musa dapat menangani keadaan sehingga beliau dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri pada waktu itu.

"Saya kembali ke tanah air pada 28 November 1985. Semasa berada di luar negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

"Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Dato Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, disamping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.

Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana