Diskaun Beli Rumah Untuk Orang Melayu/Bumiputra Di Selangor Di HAPUSKAN, TAHNIAH Rakyat Selangor...

Ketua Pembangkang Datuk Mohd Shamsudin Lias  berkata kerajaan negeri sepatutnya mempertimbangkan perkara itu sebelum membuat keputusan yang membebankan golongan bumiputera untuk memiliki kediaman sendiri.

"Ketika BN mentadbir Selangor sebelum ini, kerajaan negeri tetap memberi diskaun 7% itu kepada Bumiputera walaupun memberi subsidi terhadap pembinaan rumah mampu milik di bawah RM42,000. Ini kerana kedudukan kewangan golongan itu masih lagi rendah.

"Bagaimanapun kerajaan negeri hari ini memansuhkan diskaun 7% itu, yang pasti akan membeban dan menyukarkan Bumiputera yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri,"

Shamsudin mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri, Iskandar Abdul Samad (PAS) pada sidang DUN hari ini bahawa kerajaan negeri tidak lagi memberi diskaun antara 5% hingga 7% bagi pembelian perumahan mampu milik, yang sebelum ini diberikan kepada golongan Bumiputera di negeri itu oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Iskandar berkata diskaun itu tidak lagi diberikan kerana harga rumah mampu milik yang dibina kerajaan negeri adalah mengikut harga pasaran.

Terima kasih kerajaan negeri selangor, Tahniah kepada orang melayu yang mengundi pakatan rakyat, kerana undi anda, kini diskaun pembelian rumah telah di hapuskan...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana