Demonstrasi bantah kunjungan Obama

Petaling Jaya - Beberapa penunjuk perasaan yang membantah kunjungan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Universiti Malaya ditahan pihak berkuasa.

Ia dibuat selepas mereka bertindak merempuh penghadang polis.

Dalam insiden yang sama, beberapa yang lain turut dikejar selepas melemparkan bahasa kesat terhadap pegawai yang mengawasi pintu masuk universiti itu.

Hujan lebat tidak menghalang mereka untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap dasar White House.

Ia termasuk pelaksanaan dasar Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Selain membawa kain rentang, beberapa orang yang terlibat dengan bantahan itu dilihat memakai kain sapu tangan yang mempunyai tulisan ‘Hentikan TPPA’.

Sebahagian lagi mempertikaikan peranan AS dalam misi pencarian MH370 dengan membawa mesej mengkritik Obama dengan kata-kata ‘Rest in Hell’.

Antara mereka yang hadir Jacquita Gonzale, isteri kepada ketua pramugara, Patrick Gomes, yang bertugas dalam pesawat berkenaan.

Selain Universiti Malaya, kawasan di sekitar Kedutaan AS turut menjadi sasaran penunjuk perasaan.

Sebelum ini, bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, pihak berkuasa mengenakan kawalan ketat di lokasi yang dilawati Obama, lapor The Rakyat Post.

Tiada sekorpun pemimpin PR yg layak jadi pemimpin negara. Dgn sikap tiada adab, tiada diplomasi dan perosak ekonomi negara, pastinya tiada negarapun yg sanggup bersama-sama kita jika PR memerintah. Lihat saja spesis penyokong yg mereka lahirkan, terlalu taksub, dangkal dan kebudak-budakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana