DBKL tetap tak benarkan Himpunan 1 Mei di Dataran Merdeka

Seperti biasa kontroversi ini akan berulang dan berulang.Kita tunggu tengok apa jadi pada 1 Mei ini ekoran hobi puak pembangkang nak adakan perhimpunan besar pada hari itu.

Namanya 'Perhimpunan 1 Mei' dan tujuannya untuk memprotes cadangan kerajaan hendak laksana cukai barangan dan perkhidmatan yang ringkasnya dikenali sebagai GST.

Ia hendak dianjurkan oleh gabungan 90 pertubuhan badan bukan kerajaan dan parti Pakatan Rakyat.

Sekalipun 161 buah negara di seluruh dunia sudah lama laksanakan GST tanpa sebarang masalah namun pembangkang di Malaysia 'terlebih pandai'.

Mereka sedang cuba putar habis-habisan untuk mengambarkan ia akan menyusah dan menekan rakyat jelata.

Setakat ini kerajaan tidak berganjak dalam pendirian bahawa GST tetap akan dilaksanakan pada April 2015.

Semua orang tahu matlamat pembangkang cuma untuk bikin riuh untuk tarik perhatian konon mereka begitu perihatin pada nasib rakyat.

Untuk bikin heboh apa lagi kalau bukan Dataran Merdeka hendak dijadikan destinasi akhir perhimpunan yang dirancang itu.

Mengikut penganjur mereka hendak berarak dari KLCC menuju ke Dataran Merdeka.

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menjadi penyelia lokasi bersejarah negara itu sudah tegas tidak membenarkan sebarang perhimpunan di situ.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sendiri berkata Sabtu di Dataran Merdeka tidak boleh.

"Sekali-kali tidak di Dataran Merdeka, kami mungkin menimbang Padang Merbok atau tempat lain, tapi bukan Dataran Merdeka," katanya pada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur.

Pihak polis Kuala Lumpur yang telah mengadakan pertemuan dengan penganjur telah meminta mereka menyatakan lokasi alternatif selain Dataran Merdeka kerana DBKL  sedang melakukan kerja naik taraf di sana.

Kalau diimbas balik beberapa perhimpunan anjuran pembangkang atau yang disokong oleh pembangkang apa yang dilarang itulah yang hendak dilanggar.

Ini berlaku semasa perhimpunan Bersih dulu dimana berlaku cubaan untuk merempuh Dataran Merdeka.

Mereka yang faham gelagat pembangkang tahu sangat bagi mereka kalau tiada tindakan polis,gas pemedih mata dilepaskan dan kontroversi semasa perhimpunan ia dianggap 'tidak berjaya'.

Kini apa yang diharapkan oleh orangramai yang sudah muak melihat taktik perhimpunan demi perhimpunan ialah ketegasan pihak berkuasa dalam menanganinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana