Dayana, Isteri Pertama Ashraf Muslim Lawat Anak Wan Sakinah

 Bertapa mulianya hati seorang wanita. Tersentuh kami apabila melihat foto mesra isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Dayana yang turut hadir melawat anak pertama Ashraf dan juga madunya yang masih lagi berada didalam wad.
Mana taknya, seluruh Malaysia tahu mengenai konflik yang melanda rumahtangga Ashraf apabila dia bertindak berkahwin dengan Sakinah tanpa pengetahuan isterinya itu.
Namun, berpoligami itu tidak semestinya menyakitkan kerana Ashraf telah membuktikan mereka sekeluarga mampu membahagiakan antara satu sama lain.
Dayana, Isteri Pertama Ashraf Muslim Lawat Anak Wan Sakinah
Melalui foto-foto yang dimuat naik di laman sosial Instagram milik Ashraf sendiri, Dayana dilihat turut sama teruja dan gembira menyambut kelahiran bayi tersebut.
Malah, kehadiran Dayana wajar dipuji kerana dia berjaya menepis semua masalah dan konflik yang pernah terjadi demi mengecapi kebahagiaan bersama.
Melalui caption yang ditulis, Ashraf turut mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Dayana yang banyak memberikan semangat dan dorongan buat mereka sekeluarga.Apapun, kami yakin Dayana juga akan turut sama menjaga dan melindungi anak madunya ini seperti anaknya sendiri dengan seikhlas hati.
Kami doakan semoga kebahagiaan Ashraf sekeluarga akan kekal hingga ke akhir hayat dan mereka saling menyokong serta membantu sesama sendiri.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada mereka bertiga dan semoga anak ini akan membesar dan menjadi anak yang solehah dan menyenangkan hati ibu-ibu serta ayahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana