DAP Sasar Johor Untuk Makmurkan Singapura...PAS Hanya Kuda Tunggangan Saja

KEBELAKANGAN ini DAP dilihat sudah mula bergerak bersendirian bersama-sama dengan PAS, terutama di Johor.  Ini memang sudah dijangka, sebab bila Anwar masuk penjara, Pakatan akan lumpuh kalau DAP dan PAS tidak dilihat akrab – dilihat saja, bukan benar-benar akrab pun.

PKR sudah tidak boleh diharap, kerana bila Azmin Ali ambil alih tak lama lagi, PKR akan jadi saling tidak tumpah macam UMNO juga.

Terbaru, dalam Karnival 60 Tahun PAS Johor, pemimpin-pemimpin DAP berulang kali mengumumkan kepentingan untuk menawan Johor.  Bodoh-bodoh ustaz PAS ni mengangguk sajalah tanpa sedar yang mereka itu bakal kena jerat.

Kenapa karnival, bukan nama-nama Arab yang biasa PAS guna, penulis tak tahu tapi mungkin sebab DAP ada, jadi liberal lah sikit.  Cuma nak maklum, Anwar dan pemimpin besar PKR yang lain tidak kelihatan sepanjang ‘karnival’ ini berlangsung.

Yang penting, kesungguhan DAP nak mendapatkan Johor beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan persoalan, apa yang dia minat sangat dengan negeri tempat UMNO berasal itu?  Sebab yang biasa dia cuba tunjuk ialah Johor tempat fix deposit UMNO, selain tempat UMNO bermula.

Tapi bla fikir-fikir, rupanya Johor ada kepentingan besar kepada funder parti tersebut yang terletak di seberang tambak.

DAP pun tahu, tak mudah mana dia nak dapatkan Malaysia, terutama bila Anwar dah ke dalam. Jadi tumpuan utama dialihkan kepada Johor kerana Singapura dijangka terus makmur kalau Johor berada dibawah pentadbiran DAP.

Johor strategik kerana di negeri itulah terdapatnya sumber air terbesar Singapura – setelah projek air najis yang ditukar kepada air minuman, New Water, yang digembar-gembur satu ketika dulu, dah tak tahu kemana hala tuju atau memang sudah tidak ada hala tuju.

Selain itu, Johor juga tempat utama orang Singapura berbelanja.  Gaji dapat dalam Sing Dollar, belanja dengan RM di Johor, macam mana hidup tak senang berpanjangan?  Umpama kita belanja dengan duit Rupiah di sempadan Indonesialah, lebih kurang macam itu.

Pendek kata, bagi rakyat yang mudah percaya tujuan pembangkang nak dapatkan Johor ini sebab nak jatuhkan UMNO di seluruh Malaysia, tolong sedar diri.  Takde mananya tujuannya itu, hal sebenarnya nak bagi negara sebelah senang berpanjangan.

Maklum sajalah, Pulau Pinang yang depa dah tawan bukan dekat, kalau dekat senang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana