Dakwaan Anwar tidak berasas, sempit fikiran - Hishammuddin

 MELAKA 5 April - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika benar dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia menyembunyikan maklumat kehilangan pesawat MH370, ini bermakna kesemua 26 buah negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak 8 Mac lalu turut menyorokkan maklumat serupa.

Saya ingin bagi tahu Anwar, kalau kita sembunyi maklumat tidak mungkin sebanyak 26 buah negara, 30 agensi antarabangsa dengan penggunaan pesawat tercanggih di dunia termasuk radar serta satelit juga telah menyorok maklumat daripada pengetahuan dunia.

Saya bagi tahu dia (Anwar) nak cari jam Omega sampai hari ini pun tak jumpa, tapi nak kata kita. Ini tindakan yang tidak masuk akal, sempit fikiran dan sepatutnya dia berpijak di bumi nyata.

Kalau nak main politik ada had batasannya, tergamakkah kita mengambil kesempatan politik dalam keadaan nyawa penumpang dalam pesawat itu masih tidak menentu, tergamakkah kita berpecah-belah dalam dunia sekarang telah bersatu untuk melakukan sesuatu yang baik," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berucap sewaktu merasmikan Karnival Rakyat UMNO Bahagian Masjid Tanah peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu di Pusat Latihan Rela Wilayah Selatan, Sungai Udang di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Ab. Rauf Yusoh; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Sulaiman Mohd. Ali.

Akhbar Daily Telegraph yang beribu pejabat di United Kingdom (UK) semalam menyiarkan kenyataan Anwar menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370 dan mempersoalkan kegagalan sistem radar canggih Malaysia, Marconi.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, suruhanjaya siasatan telah ditubuhkan di peringkat Kementerian Pengangkutan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menyiasat berhubung kehilangan pesawat itu di samping Dewan Rakyat akan mewujudkan Suruhanjaya Diraja.

Jadi, amat tidak masuk akal kalau kita nak sembunyi maklumat dan pada ketika kerajaan juga akan berdepan dengan panel penyiasat di peringkat antarabangsa yang dianggotai Pakar-pakar paling hebat di dunia," katanya.

Menurut beliau, Anwar seorang yang rakus, berfikiran sempit serta cuba menangguk di air keruh apabila sanggup menidakkan usaha dilakukan negara sendiri dalam misi SAR ke atas pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menurutnya, tindakan Ketua Pembangkang itu cukup jelas membuktikan beliau iri hati melihat kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepemimpinan UMNO telah dapat menyatupadukan dunia dalam isu itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana