Dah Mula Berbangkit.....DAP Selangor Dakwa MB Gagal Tangani Isu Hak Bukan Islam

KUALA LUMPUR 16 April - DAP Selangor mula mempersoalkan kredibiliti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sejurus Pertubuhan Bible Malaysia (BSM) memutuskan untuk memindahkan ibu pejabatnya dari Petaling Jaya ke  Kuala Lumpur.

Timbalan DAP Selangor, Gobind Singh Deo berkata Khalid seolah-olah tiada keberanian politik sehingga menyebabkan BSM hilang keyakinan terhadap keupayaan Selangor menjaga hak penganut agam Kristian.

“Sudah jelas insiden seperti ini menggambarkan ketidakupayaan Khalid memahami dan menyelesaikan masalah yang memerlukan keberanian dan kekuatan politik.

“Ia menimbulkan persoalan sama ada dia mampu dan boleh terus sebagai menteri besar," ujar Gobind menerusi kenyataan medianya.

Beliau kemudiannya menyifatkan corak kepimpinan lemah Khalid itu akan memberi kesan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

“Keadaan sebelum ini, tidak perlu diperkatakan lagi, akan menyebabkan akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

“Inilah sebabnya kenapa ramai orang menyatakan kebimbangan mereka terhadap kepimpinan Khalid di Selangor," ujarnya.

Dalam kenyataan kerasnya hari ini, Gobind berkata, Khalid juga menunjukkan kekurangan minat dan hasrat politik dalam menyelesaikan itu rampasan Bible pada Januari oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Katanya, ia bukan sahaja menyebabkan kurangnya kepercayaan di kalangan penganut Kristian, tetapi juga rakyat Malaysia secara menyeluruh.

Ia juga, kata Gobind, sekali gus mengancam kedudukan Pakatan walaupun mempunyai majoriti besar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana