Chegu Bard reka cerita dongeng #MH370.

KUALA LUMPUR, 8 APRIL : Status kehilangan pesawat MH370 yang masih tanda tanya sehingga hari ini telah menyebabkan beberapa pemimpin pembangkang menuduh kerajaan Malaysia lemah dan cuba berbohong kepada rakyat.

PKR menerusi Ahli Majlis Pimpinan Pusatnya, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard dalam satu kenyataan dengan angkuhnya mendakwa bahawa pemimpin Malaysia lemah kerana pertahanan negara longgar dan mudah ditembusi.

“Sejak awal lagi kehilangan penerbangan pesawat MH370 telah mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran dan pertahanan negara,"ujar Chegu Bard.

Dalam kenyataanya itu, beliau teteap menggunakan kapal selam sebagai modal untuk terus menghentam kerajaan walaupun penerangan tentang keupayaan sebenar kapal selam milik negara telah diberikan sebelum ini.

Beliau menuduh bahawa pembelian kapal selam milik negara ini dilakukan hanya untuk menutup rasuah pihak tertentu dan mustahil kapal selam yang dibeli itu tidak mapu menyertai operasi mencari pesawat MH370 yang didakwa hilang di lautan.

“Kapal selam yang dibeli dengan begitu mahal adalah hanya untuk menghalalkan pembelian sumber pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sendiri. Maknanya semua kenyataan ketika pembelian hanya untuk menghalalkan Malaysia membazir dan menutup skandal rasuah ketika itu," tegas Chegu Bard lagi.

Cheu Bard dilihat cuba mencari publisiti murahan dalam kenyataannya itu apabila beliau mengaitkan kes kematian Atlantuya dengan insiden MH370 apabila mempersoalkan ketirisan yang terjadi terhadap identiti pasport yang didakwa palsu sebelum ini.

"Dari segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga tidak jelas. Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan skandal pembelian kapal selam negara yang ketika perbicaraan kes pembunuhanya dan rekod kemasukan wanita itu didapati hilang,” ujarnya lagi.

Merujuk kepada insiden kehilangan MH370, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan di Australia telah mengerahkan 28 aset membabitkan 11 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 14 kapal dalam misi pencarian.

Menurut kenyataan itu Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengarahkan pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 77,580 kilometer persegi di kedudukan 2,268 km barat daya Perth.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana