CEO MAS tak akan letak jawatan kerana misteri MH370

Misteri kehilangan MH370 adalah suatu insiden yang diluar dugaan sesiapa.Ia bukan atas kecuaian pengurusan MAS.Kemalangan udara boleh berlaku dimana saja.Namun  rekod penerbangan MAS selama ini diakui cukup cemerlang.

Jadi apa perlunya timbul desakan agar Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya letak jawatan kerana misteri yang membingungkan seluruh dunia sejak kehilangan pesawat itu pada 8 Mac lalu.

Pada sidang media MH370 di Kuala Lumpur petang Isnin,seorang wartawan asing sekali lagi cuba jolok Ahmad Jauhari apakah beliau akan letak jawatan.

Wartawan itu menyuarakan keraguannya MAS dapat bangkit dari insiden ini serta biaya pencarian yang besar nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS itu nampak tenang sahaja berdepan dengan soalan itu pada sidang akhbar yang dikendalikan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Beliau mengakui bahawa insiden malang itu menjejas imej syarikat penerbangan itu, tetapi optimistik MAS akan dapat mengatasi keadaan itu dan terus bergerak ke hadapan.

Menurutnya biasanya syarikat penerbangan mengambil masa enam bulan untuk berbuat demikian ekoran sesuatu tragedi tetapi MAS akan melakukannya dalam tempoh lebih singkat.

Mengenai soal jawatannya,Ahmad Jauhari tegas membayangkan beliau tidak akan letak jawatan.

"Saya ada kerja yang perlu diselesaikan,"tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana