"Celakalah Negara Polis" - Tian Chua...Inikah Mulut Seorang Pemimpinan PR?

KUALA LUMPUR 15 April - Naib Presiden PKR Tian Chua menyelar tindakan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) ekoran berang apabila telefon bimbit dan komputer tablet miliknya  dirampas bagi tujuan siasatan diatas pertuduhan menghasut.

Apa terjadi sekiranya pemimpin ini menjadi Menteri kepada Negara kita?Admin tak boleh bayangkan.Belum apa apa sudah tunjuk besar kepala.

“Kawan-kawan, saya kini tidak boleh dihubungi... Celakalah negara polis!,” katanya menerusi laman sosial Twitternya hari ini.
alt
Pertuduhan terhadap Tian Chua bermula menerusi entrinya di twitter sebulan lalu apabila beliau menyebut akan menggulingkan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh lima bulan.

Kenyataan itu dikeluarkan beliau berikutan hukuman Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mendapati Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah diatas pertuduhan liwat terhadap bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Beberapa jam sebelum polis merampas alat elektronik berkenaan, Chua menulis mengenai Black 14, yang merujuk kepada tarikh 14 April 1999 apabila Anwar disabitkan kesalahan untuk kali pertama atas tuduhan rasuah.

Beberapa hari sebelum perhimpunan untuk memperingati Black 14, pejabat Chua digeledah dan beliau seterusnya ditahan mengikut ISA.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana