Catuan Air : Tadah Air Hujan Tidak Relevan

AMPANG 25 April - Penduduk Flat Dato' Ahmad Razali, Ampang berpendapat dengan menggunakkan air hujan untuk kegunaan harian agak tidak sesuai kerana perlu mengangkut air yang ditadah ke premis setiap kali selepas hujan disamping tidak mempunyai tempat tadahan sesuai malah kandungan air tidak berkualiti.

Ketua Persatuan Penduduk Flat Dato' Ahmad Razali, Haji Mamat Haji Awang, 62, berkata pemilik kediaman bertingkat seperti mereka tidak mempunyai kawasan yang sesuai untuk menadah air hujan dan kandungan air hujan juga tidak sebersih air terawat.
alt
"Masalahnya dimana kami hendak tadah air sekiranya kami duduki flat. Air yang ditadah tidaklah seperti air paip dengan keladak hitam semua ada dan terpaksa membiarkan seketika jikalau hendak mandi sebelum boleh digunakan.

"Kalau setakat air paip buat masa sekarang susah memang susah dan bagi kami penguhuni di tingkat satu mudah sedikit, bagaimana pula penghuni di tingkat sebelah atas dimana air tidak sampai kerumah dan terpaksa menunggu lebih dari 2 hingga 3 jam (untuk menadah air hujan)," katanya kepada wartawan RakyatNews di di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, eksekutif syarikat perkapalan, Mohd Nazri Mamat, 40, berkata masalah catuan air telah menyukar beberapa keluarga yang mempunyai ahli keluarga ramai dan penggunaan air hujan agak tidak relevan."Kami terpaksa menadah air dengan begitu banyak, anak ramai dan hendak membasuh kain baju agak bermasalah juga. Catuan air juga tidak mengikut jadual kerana pada waktu tengah hari air yang sepatutnya ada sudah tiada. Ia agak bermasalah bagi keluarga yang mempunyai anak kecil.

alt
"Tadah air hujan ini kita perlu melihat keadan kerana jikalau untuk dibuat minum atau memasak agak tidak sesuai kerana kita tidak tahu apa kandungan yang ada pada air hujan tersebut. Air yang disambungkan semula agak tidak berkualiti dan terpaksa menapis beberapa kali baru boleh digunkan," katanya.

Dalam pada itu penyelenggara sekolah, Vijayaletchumy Veerasamy, 49, berkata masalah catuan air ini telah menimbulkan masalah kepada penghuni flat yang terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan air bagi keperluan harian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana